Program PSPC 1  

Posted by: JAPSER TUTONG II

22hb Februari (Selasa) Guru-guru Besar dan guru-guru Mathematics Tahun 6 bagi Kluster 1 telah berada di Eco Garden Sek.Ren.Panchong untuk meninjau tempat mengadakan aktiviti Maths Challenge iaitu Program 1 bagi Kluster ini.
Guru Besar S.R.Panchong Cikgu Ukoi berserta Guru Kanan dan guru Mathematics mereka menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.
Guru-guru Besar dan guru-guru Mathematics yang menyediakan soalan meneliti kembali soalan-soalan yang akan diberikan sambil membuat penyesuaian dengan keadaan tempat berkenaan.
Mencatat sebarang perubahan yang difikirkan perlu.
Semua ahli Kluster 1 memberikan sepenuh komitment terhadap program tersebut.

Program berkenaan dijangka akan diadakan pada bulan Mac nanti.

Perjumpaan JAPSER Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petang 14hb Februari lalu telah diadakan perjumpaan JAPSER Tutong II bagi membincangkan format persembahan untuk acara SIWB.
Cikgu Samihon selaku ketua bahagian Kesenian dan Kebudayaan membentangkan kertas kerja beliau tentang tajuk yang diberikan kepada JAPSER Tutong II.
Masing-masing mencatat tugas-tugas yang diberikan.
Guru-guru Besar diberikan peranan masing-masing untuk menjayakan acara tersebut yang akan diadakan di Peranginan Kg Parit, Pengkalan Batu pada 3hb Mac 2011.
Guru-guru Besar meneliti kertas kerja berkenaan.




Lawatan ke Bahagian Pemberigaan Jabatan Adat Istiadat Negara  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Guru-guru Besar zon Tutong 1 & 2 beserta kakitangan Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong telah bersama-sama mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Pemberigaan Jabatan Adat Istiadat Negara Bandar Seri Begawan pada Khamis 10hb Februari lalu.
Mengetuai rombongan bagi lawatan tersebut adalah Datin Hjh Rogayah beserta PPD, PDT kedua-dua zon Tutong.

Penerangan mengenai bahasa dalam.









Perjumpaan kumpulan PSPC 1  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Cikgu Shetela dan Cikgu Rosimah sedang membuat kertas kerja.
Isnin 7hb  dan 8hb Februari lepas telah berlangsung perjumpaan kumpulan PSPC 1 bagi membincangkan kertas kerja program 1 bagi kumpulan kluster 1.
Guru-guru Mathematics Tahun 6 dari 5 buah sekolah dalam kumpulan PSPC 1 sedang membuat soalan-soalan Mathematics.
Cikgu Ukoi selaku Pengerusi sempat juga memberikan buah fikiran terhadap program berkenaan.
Cikgu Shetela akan mengeluarkan syarat-syarat pertandingan tersebut.

Perjumpaan Program Induksi Guru-guru Baru 2010/2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Hari Sabtu lepas 5hb Februari 2011 telah diadakan perjumpaan PPKD ZT2 dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong bersama fasilitator Program Induksi Guru-guru baru 2010/2011 dan wakil-wakil Sekolah yang terlibat dalam program berkenaan.
Antara tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk menerangkan tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar semasa Program tersebut diadakan. 
Seramai 11 orang Guru Besar dan Penolong Guru Besar terlibat dalam Program tersebut yang akan bermula pada 16hb hingga 19hb Februari 2011.

Cikgu Umarali menerangkan 'task' dan aktiviti-aktiviti yang akan dilalui oleh para peserta Program itu nanti. Perjumpaan seterusnya akan diadakan pada 14hb Februari 2011 ditempat yang sama.

Perjumpaan Membincangkan SIWB 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petang 31hb Januari 2011 lalu telah berlangsung perjumpaan mengenai acara 'Sekubit Imbas Warisan Budaya' Guru-guru Besar senegara yang telah dipengerusikan oleh JAPSER Brunei IV.
Setiap Zon telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JAPSER Zon masing-masing.
Pada hari itu juga dijalankan undian bagi menentukan tajuk persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan. JAPSER Zon Tutong II akan mempersembahkan barangan diperbuat daripada kayu.
Persembahan tersebut akan diadakan di Taman Peranginan Kg Parit, Pengkalan Batu pada 6hb Mac 2011.
PPKD Zon Brunei IV Cikgu Hjh Norisah mempengerusikan perjumpaan berkenaan manakala Pengerusi JAPSER Brunei IV Cikgu Rasimah menerangkan kertas kerja cadangan bagi program tahun ini.