Dialog bersama Bahagian Pendidikan Rendah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Khamis 29 September 2011 , sesi dialog Guru-guru Besar zon Tutong II bersama Pegawai-pegawai daripada BPR telah berlangsung di Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang, Tutong II.
Hadir sama Penyelia Kanan Daerah Tutong , Cikgu Hj Yahya bin Hj Abdul Rahman, PPKD Zon Tutong II, Cg Hj Rosli bin Akup dan PPD Zon Tutong II, Cg Umarali bin Ismail.
Dialog berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti BPR untuk sekolah-sekolah Rendah yang berjumlah 9 buah zon .
Dialog bertujuan untuk mendengar isu-isu Sekolah yang dihadapi oleh Sekolah-sekolah Zon Tutong II khasnya.
Hadir bersama Pmk.PPR (Cg Hj Zulkepli bin Hj Ladis) adalah Cikgu Nudin bin Hj Mohammad.

Sukan Muhibbah 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Ahad 25.09.2011 lalu telah diadakan Sukan Muhibbah bagi Guru-guru Senegara sempena sambutan Hari Guru Tahun ini. JAPSER Brunei 1 telah menjadi tuanrumah bagi kejohanan tersebut yang dimulakan kira-kira jam 8 pagi.
Papan tanda di atas adalah keputusan akhir kejohanan tersebut dimana Zon Tutong II telah muncul naib juara pada hari itu. Tahniah dan Syabas ...Tutong II. Berkat kerjasama daripada semua pihak.
Cg Ukoi sedang mengajarkan Cg Shetela untuk menyimpul benang dan tali sebelum acara.
Cikgu Hjh Nurul Inani, Cg Shetela dan Cg Hjh Kostinah mewakili GB bagi acara mengikat benang/tali .