Majlis Penyerahan 'Big Picture'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pagi 25hb April telah berlangsung acara sambutan 'Global Action Week' bagi Sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II dengan acara penyerahan 'Big Picture' bertempat di Dewan S.R. PKN Bukit Beruang. Tutong II.

Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah melukis 'Big picture' mengenai kenangan waktu sekolah bagi Guru-Guru Besar dan pegawai-pegawai JSS Tutong bersama tetamu kehormat majlis iaitu Datin Dr Hjh Asmah binti Hj Morni.

PPD dan PD zon Tutong II juga tidak ketinggalan melukis kenangan silam mereka sewaktu bersekolah dahulu.
Lukisan yang dihasilkan oleh GB perempuan.
Hasil lukisan daripada Cg Umarali , PPD Zon Tutong II, so cute.

Perjumpaan membincangkan SPI  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Khamis 19hb ahli-ahli JAPSER Tutong II meneruskan sesi perbincangan mengenai SPI bagi tahun ini.

Perjumpaan Meneliti Peraturan PTA Sekolah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Rabu 18hb April bertempat dibilik mesyuarat JSS Tutong, satu perjumpaan untuk meneliti peraturan/undang-undang PTA telah diadakan oleh ahli-ahli JAPSER Zon Tutong II yang dipengerusikan oleh Cg Hjh Kostinah . Beliau adalah wakil JAPSER Tutong II ke perjumpaan yang sama pada 14hb lalu bertempat di JSS Ong Sum Ping.
Sesi perbincangan diadakan untuk mengetahui peraturan yang telah digubal oleh Sekolah-sekolah.

Hasil mesyuarat itu nanti akan dibincangkan lagi bersama wakil-wakil JAPSER zon lain.

Perjumpaan membincangkan majlis meraikan Guru-guru PSR 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 18hb April lalu telah diadakan mesyuarat untuk membincangkan majlis meraikan Guru-guru mengajar mata pelajaran Teras PSR bagi tahun 2011 bertempat dibilik mesyuarat JSS Tutong.




Mesyuarat adalah bagi meneliti program berkenaan dan seterusnya disambung dengan hal-ehwal pentadbiran sekolah oleh PKD, PPKD dan PPD Zon Tutong 2.
Majlis tersebut dijangkakan akan dilangsungkan pada 25hb April bertempat di Dewan SR Perpindahan Kg Bukit Beruang II.

Spelling Competition Zone Level 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Isnin 16hb April lalu bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Perpindahan Kg Bukit Beruang II telah berlangsung Peraduan Ejaan Bahasa Inggeris Peringkat Zon Tutong 2.
Seramai 14 orang peserta bertanding mewakili 14 buah Sekolah zon Tutong II.
Peraduan tersebut telah diungkayahkan bersama oleh JAPSER Tutong II dengan kerjasama Guru-guru Sekolah-sekolah zon Tutong II.
Peraduan tersebut adalah untuk memilih 3 orang wakil sekolah-sekolah zon Tutong II yang akan dijalankan pada bulan Mei.
Barisan para hakim, juri, penjaga masa, ketua hakim, dan 'Master spellers'.
Guru-Guru Besar dan Guru-guru yang menghadiri peraduan tersebut
 
  Cg Noraini selaku pengendali ICT  .



Persiapan Peraduan Ejaan 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 14.4.2012 ahli-ahli JAPSER Tutong 2 telah berkumpul di Dewan Sek.Rendah Perpindahan Kg.Bukit Beruang 2 untuk membuat persiapan menjelang Peraduan Ejaan Bahasa Inggeris yang akan diadakan pada hari Isnin 16hb.
Cg Chekepong dan Cg Hjh Nurul sedang membincangkan halatuju screen bagi slide nanti.
Guru-Guru Besar yang menghiasi pentas / backdrop bagi peraduan berkenaan.
Cg Mohammad dan Cg Hjh Kostinah sedang menghiasi backdop dengan bunga-bungaan.
 Cg Masyati dan Cg Izyan merupakan juruacara peraduan tersebut sedang membuat latihan bersama.

Persediaan 'Spelling Competition' 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Selasa 10hb April bertempat dibilik mesyuarat Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong telah diadakan perjumpaan membincangkan Peraduan Ejaan Bahasa Inggeris bagi Sekolah-Sekolah Zon Tutong 2.
Guru-guru Besar juga mendengarkan penerangan daripada 'Master Speller' yang telah menghadiri perjumpaan hari Sabtu lepas mengenai format baru yang diperkenalkan tahun ini.
 Cg Kamaluddin menerangkan hasil dapatan daripada perjumpaan beliau dengan Pegawai-pegawai BPR selaku pengendali bagi peraduan ini.

Persediaan SPI 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

2 April lalu JAPSER Tutong II telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan format SPI bagi tahun ini. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi sendiri iaitu Cg Ghazli dan timbalan pengerusi, Cg Rosimah.
Semua GB dan PGB diberi peluang untuk memberikan pendapat masing-masing. Cg kasim dengan hujah beliau tentang tajuk yang diberikan.
Masing-masing mengongsikan pendapat.
Cg Shetela selaku setiausaha mencatat minit bagi perjumpaan tersebut.
Semua asyik mendengarkan pendapat yang diutarakan oleh Cg Mohmad Ali.
Cg ukoi dengan hujah-hujah beliau.

Perjumpaan Professional GB & PGB bersama PKD Zon Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Selasa 3.4.2012 lalu, satu perjumpaan diantara Penyelia Kanan Daerah dan PPD Zon Tutong II bersama Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar Zon Tutong II bertempat dibilik mesyuarat Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong.
Perjumpaan dimulakan kira-kira jam 2 petang membincangkan hal-ehwal pentadbiran Sekolah.

AKSI JAPSER TUTONG II TAHUN 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 31.03.2012 berlangsung acara Aktiviti Kesihatan (AKSI) bagi Zon Tutong 2. Acara tersebut telah dikendalikan oleh JAPSER Tutong 2. Tetamu Kehormat adalah Cg Hj Rosli bin Hj Akop ,PPKD Zon Tutong 2 yang ditemani oleh Cg Reduan bin Abdullah PD Zon Tutong 2.
Acara tersebut bermula kira-kira jam 3.00 petang bertempat di taman rekreasi Sungai Basong, Tutong. Acara dimulakan dengan aktiviti renggangan selama lebih kurang 8 minit.
Guru-guru Besar, Penolong Guru Besar, Guru-guru Kanan dan guru-guru zon Tutong 2 menyertai acara berkenaan iaitu mendaki Bukit Ambok.

Seramai 4 orang guru yang terdiri daripada guru Pendidikan Jasmani zon Tutong 2 menjadi instruktur aktiviti renggangan yang diketuai oleh Cg Md Zhafari bin Hj Aripin dari Sek.Rendah PKN Bt. Beruang.
Acara mendaki bukit dimulakan. Gambar menunjukkan suasana dibawah Bukit Ambok.
Jalan menuju puncak Bukit Ambok.