Majlis Perlancaran 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petak pameran Sekolah-Sekolah zon Tutong II.

Sabtu 30 Jun lalu telah berlangsung Majlis pembukaan rasmi program 'outreach' - Menuju Masyarakat Berilmu bertempat di Rizqun International Hotel. Cg Ukoi selaku pengiring SUT sedang menunggu ketibaan beliau ke 'booth' Zon Tutong II.

Brochures untuk para pengunjung.
Antara bahan pameran yang dipamerkan merupakan laporan pencapaian program berkenaan.
Video menunjukkan program-program yang dijalankan di Sekolah-Sekolah.
Riben untuk pembukaan rasmi program-program 'Outreach' Sekolah-Sekolah Zon Tutong II
Pembukaan rasmi program 'outreach' sekolah-Sekolah Tutong 2 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (CE) Cg Hj Marof bin Hj Murni dengan memotong riben yang telah disediakan. Cg ukoi menyambut dan mengiringi  rombongan tersebut.
Cg Rosimah sedang menerangkan serba sedikit tentang program-program 'Outreach' yang dijalankan di Sekolah-sekolah zon Tutong II.
Antara leaflets, brochures, bookmarks dan laporan program yang dipamerkan.
Pengunjung-pengunjung yang menyaksikan pameran Tutong II.
Antara pengunjung yang hadir adalah Cg Nudin bin Hj Mohammad, Pmk.PPKD Zon Brunei 1.


Persiapan bagi Pembukaan Majlis 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Jumaat petang 29.06.2012 ahli-ahli JAPSER Tutong II telah bersama-sama membuat persiapan untuk Majlis perlancaran 'Outreach Program' yang akan diadakan pada hari Sabtu 30 Jun kira-kira 2 petang.

Masing-masing sibuk membuat persiapan berkenaan agar pameran nampak menarik.
Guru-guru kanan dan guru-guru penganti GB cuti juga hadir membantu membuat persiapan berkenaan.

Suasana petak pameran diwaktu pagi 30 Jun. Membuat persiapan terakhir sebelum perasmian sebelah petang.
Walau sibuk namun sempat juga bergurau senda.






Persiapan Majlis Perasmian 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 20hb Jun lalu ahli-ahli JAPSER Tutong II telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan bentuk pameran bagi majlis perlancaran 'Outreach programme' Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah senegara yang dijadualkan pada 27hb.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Cikgu Kasim bertempat di bilik mesyuarat Jabatan sekolah-Sekolah Tutong. Mesyuarat juga dihadiri oleh guru-guru Kanan yang mewakili Guru besar yang sedang bercuti.

Lawatan ke Pusat Perhutanan Sungai Liang  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Sabtu 2hb Jun 2012, JAPSER Tutong II telah mengadakan lawatan professional ke Pusat Perhutanan Sungai Liang.
Rombongan tersebut yang terdiri daripada 18 orang  telah menaiki sebuah bas.
Ketibaan rombongan ke tempat berkenaan kira-kira jam 8.40 pagi telah disambut oleh Dayang Haktu Mabang, Pegawai Perhutanan Sg Liang.
Ahli-ahli rombongan mendengar taklimat tentang taman Rekreasi hutan Sg Liang dan Jabatan Perhutanan yang disampaikan oleh Dayang Haktu Mabang.
Diakhir taklimat Cg Yong selaku ketua professional JAPSER Tutong II menyampaikan cenderahati kepada Dayang Haktu.
Bergambar ramai dibawah pejabat Perhutanan Sg Liang.
Kami menyaksikan barang-barang pameran di Muzium Perhutanan.

Lawatan ke Herbatarium tempat menyimpan rekod jenis-jenis tumbuhan yang ada di Brunei.
kemudian kami dibawa menyelusuri Taman Rekreasi untuk menyaksikan jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di hutan simpan berkenaan.