Majlis Membaca Yaasin, Tahlil Doa Arwah & sambutan Nuzul Al-Qur'an  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis membaca yaasin, tahlil & doa arwah dan diselajurkan dengan ceramah sambutan Nuzul Al-Qur'an anjuran Jawatankuasa JAPSER Tutong II telah diadakan pada khamis 20 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 9 Ogos 2012.
Hadir dimajlis tersebut adalah Cg Hj Rosli bin Hj Akup,PPKD Zon Tutong II, Cg Umarali bin Ismail, PPDZTII dan Cg Md Ridhuan bin Abdullah, PDZTII. 
Bacaan Yaasin, tahlil dan doa arwah telah dipimpin oleh Cg Tarmizi bin Hj Serbini, guru S.R. Layong.
Sebelum itu, ceramah sempena Nuzul Al-Qur'an telah disampaikan oleh Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi, Penceramah undangan daripada Pusat Dakwah dan Islamiah.
Pengerusi JAPSER Tutong II, Cg Ghazli menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hj Rawi.
Cenderamata untuk penceramah undangan.









 


Majlis Khatam Al-Qur'an 66 kali  

Posted by: JAPSER TUTONG II

6 Ogos, Isnin bertempat di masjid Tutong telah berlangsung majlis khatam Al-Qur'an 66 kali sempena sambutan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke 66 tahun.
Guru-Guru Besar Daerah Tutong selaku AJK kerja bagi majlis tersebut bersama dengan Pengetua-pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong.



Persediaan SPI  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Rabu 1 Ogos lalu ahli-ahli JAPSER Tutong II telah mengadakan perjumpaan bagi persiapan SPI bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh Pengerusi JAPSER Tutong II , Cg Ghazli.
Ahli-ahli JAPSER Tutong II juga mengalu-alukan kedatangan seorang ahli baru iaitu PGB Sek.Rendah Perpindahan Kg Bukit Beruang II, Cg Christine yang baharu memulakan tugas beliau sebagai PGB bermula hari itu 1 Ogos 2012.
Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan intervensi seterusnya setelah mengadakan intervensi pertama.
Semua ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan.