Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Terima kasih kepada semua GB dan GK yang hadir menjayakan kejohanan sepak takraw anjuran bersama Jabatan Kokurikulum dan S.R.Danau, Tutong II. Tahniah kepada juara iaitu SR Perpindahan Bukit Beruang II setelah mengalahkan SR Panchong.
Sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat, Awg Hj Rosfazley ,Ketua Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong.




Acara cabutan nombor bertuah juga diadakan kepada hadirin yang hadir. Cg Chekepong bernasib baik dapat membawa pulang hadiah.



 



Bengkel ICT Powerpoint: Digital Presentation  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Bengkel ICT Powerpoint : Digital presentation bagi Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar/Guru Kanan sekolah-sekolah Rendah zon Tutong 2 telah berakhir pada hari ini. Semua peserta menyampaikan powerpoint presentation hasil daripada 4 sesi bengkel yang telah dijalankan sepanjang bulan April 2013.
Semua peserta bengkel menyampaikan perisian sekolah masing-masing seperti profil, sejarah, misi, visi , organisasi dan program sekolah. Masing-masing menyampaikan diantara 3-5 minit sahaja. Cikgu Chekepong sedang menyampaikan program-program akademik sekolah Rendah Benutan.
Para fasilitator bengkel, Cg Nazrul, Cg Ismail dan Cg Amran sedang mengamati penyampaian daripada para peserta.
Cg Hjh Nurul dengan slides beliau.
Setelah selesai penyampaian, ketiga-tiga fasilitator bengkel mengulas slides yang disampaikan untuk pembaikan dan untuk penarikan penyampaian.
Cg Nasrul dengan komen-komen beliau.

Cg Ali mengucapkan penghargaan kepada ketiga-tiga fasilitator bengkel sempena berakhirnya bengkel ICT GB, PGB & GK .
Penyampaian Cenderahati kepada fasilitator daripada Pengerusi JAPSER Tutong II Cikgu Mohammad.
Cenderahati untuk Cg Ismail.

Penyampai Terbaik juga dipilih oleh fasilitator. Cikgu Mazura dari SR PKN Bukit Beruang telah terpilih sebagai penyampai slides terbaik. Beliau menerima hadiah daripada ketua fasilitator.
Bergambar ramai selesai acara.
Kushyuk mendengarkan pembentangan daripada para penyampai. 
.
Guru Kanan SR Panchong menyampaikan slides beliau.
Penyampai daripada SR Rambai.























Majlis Persaraan Penyelia Daerah Tutong  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 20 April 2013 , JAPSER Tutong 2 telah mengadakan majlis persaraan mantan Penyelia Kanan Daerah Tutong Cikgu Hj Yahya bin Hj Abd Rahman yang telah bersara Mac 2013 lalu. Turut hadir Cikgu Amzah bin Hj Sabtu, Penyelia Kanan Daerah Tutong sekarang yang mengantikan tempat Cikgu Hj Yahya.
Majlis dihadiri oleh Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong 2.
Majlis tersebut diadakan disalah sebuah restaurant di Gadong.
Cikgu Christine mengacara majlis tersebut.
Doa selamat dibacakan oleh Cikgu Kasim, Guru Besar SR Layong, Tutong.
Seterusnya ucapan daripada Pengerusi JAPSER Tutong 2, Cikgu Mohammad.
Kemudian ucapan daripada yang diraikan Cikgu Hj Yahya.
Semua Guru Besar & PGB berkesempatan untuk memberikan ucapan kepada Cg Hj Yahya.
Bermacam-macam pantun juga kedengaran daripada pemantun profesional....
Cenderahati disampaikan oleh Pengerusi JAPSER Tutong 2.
Cenderahati merupakan gambar Sekolah-Sekolah Rendah Zon Tutong 2 dan GB/PGB. Hadiah istimewa kepada beliau.
Cg Hjh Nurul menyampaian cenderahati daripada Sekolah beliau.
Beliau dikejutkan dengan 'surprise birthday cake' yang ke 55 tahun.
Beliau berkenan meniup lilin dengan iringan nyanyian lagu 'Happy Birthday'.
Happy Birthday Cikgu Hj. semoga panjang umur dan sehat walafiat hingga keakhir hayat.
Tersenyum riang ketika dinyanyikan lagu 'Happy Birthday' khas untuk beliau.
Bergambar kenangan bersama beliau.Selamat bersara Cg Hj.


















Permuzakarahan Pmk.Penolong Pengarah Daerah Tutong bersama Ketua Bahagian Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pagi Khamis 18 April lalu telah berlangsung sesi permuzakarahan Pmk.PPD Tutong bersama Ketua Bahagian Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong bagi membincangkan isu-isu yang timbul ketika menjalankan aktiviti kokurikulum disekolah-sekolah Daerah Tutong.
Antara Pegawai-pegawai JSS Tutong yang hadir bersama pemimpin-pemimpin sekolah terpilih Sekolah-sekolah zon Tutong 1 dan Tutong 2.


Sesi perjumpaan bersama Setiausaha Tetap Pendidikan Teras bersama Pemimpin-pemimpin Sekolah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 10 April lalu bertempat di Dewan P1 Kementerian Pendidikan telah diadakan perjumpaan bersama SUT (CE) dan Timbalan SUT dengan pemimpin-pemimpin sekolah yang terpilih senagara.
Sekolah-sekolah zon Tutong 2 telah diwakili oleh Cg Ukoi dan Cg Hjh Kostinah.
Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk berkongsisama pandangan tentang program-program Kementerian Pendidikan yang dijalankan di Sekolah-sekolah.



ICT powerpoint workshop : sesi keempat  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sesi keempat diteruskan lagi pada hari Khamis 18 April 2013. Sesi kali ini diajarkan cara-cara 'hyperlink', ' inserting home button' dan 'Flash'.
Cg Hjh Nurul tersenyum setelah beliau berjaya menyelesaikan kerja yang diberikan......Yeh.....
Cg Shetela dengan penuh konsentrasi menyiapkan kerja beliau, sambil diperhatikan oleh guru-guru pembantu perlaksanaan bengkel tersebut.