PEAKS Training and Certification for e-Hijrah ICT leadership  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sebilangan besar Guru-Guru Besar Tutong 2 telah menghadiri kursus PEAKS bermula 13 Mei hingga 18 Mei 2013 iaitu selama 5 hari berturut-turut.
Kursus tersebut diadakan di BAZE Level 1, Empire Hotel Jerudong. Kursus bermuls jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Para peserta bengkel dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat penyampaian pada hari keempat.
Peserta bengkel juga membuat kerja-kerja pratikal.
Setiap peserta juga menyampaikan Plan tindakan transformasi ICT di sekolah masing-masing. Penyampaian secara individu ini dirakam dalam video dan ditonton oleh rakan-rakan kumpulan.
Cg Chekepong beraksi didepan kamera . Aktiviti ini dijalankan pada hari kelima kursus.




Cg Hjh Nurul membuat penyampaian apa yang telah dipelajari sepanjang lima hari menjalani kursus.
Masing-masing dengan perancangan tersendiri.
Berbagai aktiviti dijalankan termasuklah penyampaian berkumpulan mengikut kumpulan yang telah diberikan. Cg Chekepong, Ghazli, Chan dan Hjh Kostinah ditempatkan dalam kumpulan 4 bersama fasilitator ET. Cg Hjh Kostinah sedang menyampaikan hasil perbincangan kumpulan beliau kepada ahli kumpulan yang lainnya.
Cg Mohmad Ali sedang memberikan pandangan secara spontan.





Hari terakhir kursus para peserta menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Yang Mulia Cg Hj Kasim bin Md Yassin, Pengarah Sekolah-Sekolah.
Menunggu giliran nama dipanggil untuk menerima sijil.
Guru-guru Besar yang didalam kumpulan 3 bersama fasilitator mereka.
Cg Hjh Kostinah bersama fasilitator Dr Shirley Lim dari Singapura yang mengendalikan bengkel tersebut.
Kenangan peserta Kumpulan 4.
Kumpulan 3 bergambar ramai dengan Dr Shirley.