Perjumpaan Membincangkan Sukan Muhibbah Guru-guru 2013  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 10 September lalu telah diadakan perjumpaan membincangkan sukan muhibbah guru-guru 2013 yang akan dianjurkan oleh JAPSER Belait pada November nanti. Hadir diperjumpaan tersebut adalah Timbalan Pengerusi, Ketua & Timbalan ketua bahagian sukan JAPSER Tutong 2.


Sosialisasi SPN21  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 21 September lalu telah diadakan taklimat sosialisasi SPN21 bagi Guru-Guru Besar, Penolong Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran Sekolah-sekolah Rendah zon Tutong 2.
Taklimat tersebut telah diadakan jam 2.00 petang bertempat di bilik persidangan Sekolah Rendah Jerudong, Brunei 4.

Antara guru-guru kanan pentadbiran yang hadir sama mendengar taklimat tersebut.
Taklimat disampaikan oleh Cg Hjh Norisah, PPKD Brunei 4 yang ditemani oleh PPD Brunei 4.
Taklimat berakhir dengan sesi soal jawab.




Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam dan Tahlil Doa Arwah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Khamis 25 Julai 2013 lepas, JAPSER Tutong 2 telah mengadakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam Pengkalan Jalur, Kg.Lubok Pulau Tutong.
Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti Bahagian Keagamaan JAPSER Tutong 2 di bulan Ramadhan.





Setiap sekolah menghantar beberapa orang guru untuk sama-sama bermucang-mucang membersihkan tanah perkuburan tersebut.



Turut hadir Cg Umarali Hj Ismail dan Cg Md Ridhuan Abdullah, PDP Tutong 2.
Cg Samihon Hj Kechi juga secara sukarela turut menyumbangkan tenaga dan khidmat beliau pada hari tersebut.










Acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan tahlil doa arwah yang dipimpin oleh Cg Tarmizi bin Hj Serbini, Guru Sekolah Rendah Layong, Tutong.
















Sesi Dialog bersama Pehin Menteri Pendidikan  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 2.7.2013 lalu telah berlangsung sesi dialog pemimpin-pemimpin sekolah bersama Pehin Menteri Pendidikan bertempat di Sek.Rendah Jalan 49 Lambak Kanan.

Antara Guru-guru Besar sekolah-sekolah Rendah Tutong 2 yang hadir dalam sesi dialog berkenaan.
 







Sesi Kongsisama Transformasi Pendidikan Teknikal  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 22 Jun 2013 telah berlangsung sesi kongsisama transformasi Pendidikan Teknikal kepada Pemimpin-pemimpin sekolah yang terpilih senegara.
Majlis tersebut telah diadakan di Centrepoint Gadong. Cg Hj Junaidi, GB SR Bukit hadir diperjumpaan tersebut.


Contact time Professional PPKDT bersama GB Tutong 2  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 11.6.2013 lalu bertempat dibilik mesyuarat JSS Tutong telah diadakan perjumpaan professional PPKDT, PDP Tutong 2 dan PKD Tutong 2 bersama Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah Tutong 2.
Acara tersebut adalah perjumpaan professional bagi penggal kedua persekolahan yang mengetengahkan isu-isu semasa dan hal-ehwal pertadbiran sekolah.
Guru-guru Besar berpeluang untuk mengongsikan pandangan dan masaalah persekolahan setiap sekolah.

PDP Cg Umarali juga turut mengongsikan hal-ehwal akademik.



PEAKS Training and Certification for e-Hijrah ICT leadership  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sebilangan besar Guru-Guru Besar Tutong 2 telah menghadiri kursus PEAKS bermula 13 Mei hingga 18 Mei 2013 iaitu selama 5 hari berturut-turut.
Kursus tersebut diadakan di BAZE Level 1, Empire Hotel Jerudong. Kursus bermuls jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Para peserta bengkel dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat penyampaian pada hari keempat.
Peserta bengkel juga membuat kerja-kerja pratikal.
Setiap peserta juga menyampaikan Plan tindakan transformasi ICT di sekolah masing-masing. Penyampaian secara individu ini dirakam dalam video dan ditonton oleh rakan-rakan kumpulan.
Cg Chekepong beraksi didepan kamera . Aktiviti ini dijalankan pada hari kelima kursus.




Cg Hjh Nurul membuat penyampaian apa yang telah dipelajari sepanjang lima hari menjalani kursus.
Masing-masing dengan perancangan tersendiri.
Berbagai aktiviti dijalankan termasuklah penyampaian berkumpulan mengikut kumpulan yang telah diberikan. Cg Chekepong, Ghazli, Chan dan Hjh Kostinah ditempatkan dalam kumpulan 4 bersama fasilitator ET. Cg Hjh Kostinah sedang menyampaikan hasil perbincangan kumpulan beliau kepada ahli kumpulan yang lainnya.
Cg Mohmad Ali sedang memberikan pandangan secara spontan.





Hari terakhir kursus para peserta menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Yang Mulia Cg Hj Kasim bin Md Yassin, Pengarah Sekolah-Sekolah.
Menunggu giliran nama dipanggil untuk menerima sijil.
Guru-guru Besar yang didalam kumpulan 3 bersama fasilitator mereka.
Cg Hjh Kostinah bersama fasilitator Dr Shirley Lim dari Singapura yang mengendalikan bengkel tersebut.
Kenangan peserta Kumpulan 4.
Kumpulan 3 bergambar ramai dengan Dr Shirley.