Majlis Persaraan PTKK  

Posted by: JAPSER TUTONG II





Selasa 22 November 2011 bertempat di LR Asma Hotel telah berlangsung majlis meraikan persaraan Pemangku Pengawai Tugas-Tugas Khas Kanan (PTKK) Rendah iaitu Cikgu Hj Ramlee bin Hj Abd Rahman.



JAPSER Tutong II mempersembahkan simfoni sajak dan madah berjudul Engkau Dalam Kenangan.
















Sesi Perkongsian Ilmu JAPSER Tutong II , 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 5hb November 2011 bertempat di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Rimba 2 telah berlangsung sesi terakhir SPI JAPSER bagi tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Yang Mulia Awang Hj Ramlee bin Hj Abd Rahman, Memangku Pengarah Sekolah-Sekolah.

Hadir sama PPKD kesemua 9 zon senegara beserta Pemangku Penolong Pengarah Rendah Yang Mulia Cikgu Pengiran Othman bin Pg Hj Abdul Karim, Pegawai-pegawai Pelajarn/Pendidikan, Pengerusi JAPSER dan Guru-guru Besar serta PGB senegara.
Tajuk SPI JAPSER Tutong II kali ini ialah Tutong II fm ( Fractions in Motion ). Para Penyampai sesi berkenaan terdiri daripada Cg Hjh Nurul Inani bte Hj Ahmad Kumpoh selaku Pengerusi dan seterusnya penyampaian bahagian Pembukaan ( Introduction ), Cg Mohamad bin Hj Zaidi bahagian  'Literature Review' , Cg Yong Ming Chok bahagian Kaedah (Methodology) dan Cg Ghazli bin Hj Umar bahagian Penemuan/analisis data (Finding,discussion, data analysis, recommendation, conclusion). Cg Shetela bte Tawang selaku pengendali ICT beserta Cg Khairi bin  Markineh.
Cikgu Hjh Nurul Inani selaku Pengerusi dan penyampai pertama.
Cikgu Mohamad bin Hj Zaidi, Guru Besar S.R. Abdul Rashid Tanjong Maya selaku penyampai kedua bahagian 'Literature Review'.
Cikgu Yong Ming Chok selaku penyampai ketiga bahagian 'Methodology'. Beliau sedang menunjukkan salah satu daripada 'ICT related materials/resource' yang telah dihasilkan oleh Guru-guru ICT dan Mathematics Sekolah-sekolah zon Tutong II. Mereka telah menghasilkan 3 CD khusus untuk pengajaran 'Fractions' bagi Tahun 3 yang digunakan oleh Guru-guru Mathematics dalam intervensi AR ini.
Cikgu Ghazli bin Hj Umar penyampai bahagian analisis data, hasil dapatan kajian, penutup dan rekomendasi .
Tutong II fm merupakan kajian projek skala kecil mengenai 'Fractions' bagi Tahun 3. Seramai 193 murid Tahun 3 telah terlibat dalam projek ini yang terdiri daripada 14 buah sekolah zon Tutong II. Lebih kurang 35 orang guru Mathematics and ICT telah terlibat sama menjayakan projek tersebut.
Sesi soal-jawab daripada GB/PGB Sekolah-sekolah Rendah senegara juga diadakan setelah selesai penyampaian projek .
Cikgu Mohmad Ali bin Hj Nudin menjwab beberapa soalan yang diajukan mengenai projek berkenaan.

Suasana dimeja pendaftaran sewaktu ketibaan Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan wakil-wakil GB.
Sebelum acara dimulakan, sebahagian daripada GB Tutong II bergambar bersama PPKD Zon Tutong II.

Cikgu Hjh Kostinah binti Hj Garif bertugas selaku juruacara majlis tersebut.

Cikgu Kasim Hj Marsal bertugas selaku pembaca doa pembukaan dan penutup majlis.
Antara GB zon Tutong II yang 'stand by' untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pemimpin sekolah yang lainnya.
SPI Tutong II mengemukakan 3 persoalan iaitu Bagaimanakah pelajar menggunakan bahan ICT dalam pembelajaran 'Fractions'?, Sejauh manakah keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran "Fractions" bagi pelajar Tahun 3?, Bagaimanakah bahan-bahan ICT dalam membantu guru-guru dalam pengajaran? 
Antara objektif 'Fractions in Motion' ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 3 menyelesaikan soalan/masaalah 'Fractions', Memberikan satu kaedah alternatif untuk guru-guru mengajar 'Fractions', Merangsang kreativiti Guru-guru dalam menghasilkan bahan-bahan pengajaran menggunakan ICT.
Suasana dimeja pendaftaran.

CD SPI telah disampaikan oleh Cg Hj Ramlee bin Hj Abd Rahman, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah.
Tetamu kehormat juga berkesempatan membuat ucapan tahniah kepada JAPSER Tutong II  kerana beliau gembira ada JAPSER yang dapat menampilkan pembaharuan  iaitu dengan penggunaan ICT dalam pengajaran.
Cikgu Hj Suhaili bin Hj Jafar ,PPKD Brunei IIB, memberikan komen beliau tentang penyampaian tersebut. Beliau menyifatkannya sebagai ' a very fantastic ICT presentation'. Beliau memuji penyampaian tersebut kerana ia menyahut seruan '21st Century learning'.
Ahli-ahli JAPSER Tutong II bergambar ramai selesai acara bersama guru pembantu  pengendali ICT Cg Khairi daripada SR Benutan dan Cg Sulastri ,GK SR Danau selaku juru gambar disamping Cg Samihon.
Tersenyum riang selsesai acara. 

Dry-run SPI  

Posted by: JAPSER TUTONG II





Rabu 2 November lalu bertempat di Dewan Sukma Indera Sekolah Rendah Rimba II telah diadakan latihan penuh bagi SPI JAPSER Tutong II.


Penyampai-penyampai SPI  menguji penyampaian masing-masing.











Guru-guru Besar & PGB zon Tutong II yang lainnya mendengar penyampaian tersebut kemudian menyoal beberapa persoalan yang mungkin ditimbulkan oleh penonton nanti.




Dry-run SPI JAPSER Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 29.10.2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong telah diadakan 'rehearsal' untuk Sesi Perkongsian Ilmu JAPSER Tutong II yang akan diadakan pada 5hb November ini.
Hadir untuk menyaksikan 'rehearsal' berkenaan adalah PPKD  & PPD Zon Tutong II. 





Cikgu Hjh Nurul Inani selaku 'chairperson' dan juga penyampai dalam sesi berkenaan.
Cikgu Mohammad penyampai bahagian 'Literature Review' sementara Cg Samihon selaku juruphoto.
Cikgu Yong Ming Chok penyampai bahagian 'methodology'.