Majlis 'Open House OPM'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Selasa 21 Jun 2011, Guru-guru Besar & PGB telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Sempena Pembukaan Resmi Bilik "Office Programme Management' (OPM) bagi projek E-Hijrah, Kementerian Pendidikan.
GB dan PGB senegara mendengar taklimat mengenai infrastruktur bilik tersebut dan peranan yang dimainkan oleh Bahagian ICT, Kem.Pendidikan dalam memberikan kemudahan ICT ke Sekolah-sekolah.
Menandatangani buku lawatan.
Menyaksikan gambar-gambar ketika majlis peresmian e-hijrah yang berlangsung di Empire Hotel lalu.
Pegawai daripada ICT Dept. Ivy mengiringi rombongan daripada Tutong II menerangkan mengenai OPM.

Spelling competition Zone level 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 1 Jun 2011 telah diadakan Pertandingan Ejaan Bahasa Inggeris bagi Sekolah-sekolah zon Tutong II.
Seramai 14 orang murid ikut serta dalam pertandingan tersebut yang di selenggara oleh JAPSER Tutong II dengan kerjasama JSS, Tutong.
Pertandingan tersebut dijalankan di dewan Serbaguna S.R.PKN Bukit Beruang, Tutong II. Beberapa persembahan murid-murid juga dipertontonkan. Pelajar-pelajar Tahun 1 S.R. PKN Bukit Beruang mempersembahkan sebuah nyanyian dibawah pimpinan Mr John Moore.
S.R. Tumpuan Telisai mempersembahkan sebuah lakonan.
Para 'narrator' lakonan tersebut yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 & 3.
Persembahan lakonan daripada murid-murid Tahun 6 S.R. Bukit Udal.
 Persembahan nyanyian berjudul 'Down in the Jungle' daripada murid-murid Tahun 3 S.R. Danau.
Guru-guru Besar dan PGB yang hadir selaku penyelenggara acara.
Tetamu Kehormat majlis, Yang Mulia Cikgu Hj Yusof bin Hj Jemudin beserta PPKD Tutong II dan PPD Tutong II.
Penyampaian hadiah  telah disempurnakan oleh Tetamu kehormat Majlis.