Persiapan 'Spelling Competition District Level' 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 30 Mei 2011 (Isnin) bertempat di bilik Persidangan Sekolah Rendah PKN Bukit Beruang Tutong II telah diadakan perjumpaan diantara AJK 'Spelling Competition' (JAPSER Tutong II) dengan guru-guru pengawas (AJK) 'Spelling competition' 2011.
Cikgu Mohammad mempengerusikan perjumpaan berkenaan selaku Ketua hakim pertandingan tersebut yang akan diadakan pada hari Rabu 1 Jun 2011 bertempat di dewan serbaguna SR PKN Bukit Beruang Tutong II.
 Terdahulu daripada itu, pada 25 Mei 2011 bertempat di bilik mesyuarat JSS, Tutong telah diadakan perjumpaan JAPSER Tutong II untuk membincangkan 'Spelling Competition' yang dikendalikan oleh JAPSER Tutong II. Perjumpaan ini merupakan perbincangan kali ke 4 mengenainya.

Cluster III Amazing Maths Race  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 7 Mei 2011 bertempat di Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II telah berlangsung Pertandingan 'Amazing Maths Race' bagi Sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II. Acara berkenaan telah dimulakan seawal jam 7.45 pagi.
 Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang Mulia Cikgu Hj Rosli bin Hj Akop, PPKD Zon Tutong II . Hadir bersama beliau Cikgu Amzah bin Hj Sabtu, PD Tutong II dan Cikgu Zulkepli bin Hj Ahmad, PPD Tutong 1.

Setiap Sekolah menghantar 4 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang murid Tahun 4 dan 2 orang murid Tahun 5.

Tetamu Kehormat merasmikan pertandingan berkenaan dengan membuka tirai spanduk pertandingan. Cikgu Abdul Hamid selaku pengerusi Kluster III mengiringi beliau disepanjang pertandingan dijalankan.
Pertandingan ini merupakan pertandingan yang menguji kecekapan, ketepatan dan masa untuk menyelesaikan masaalah Matematik. Setiap peserta hendaklah menyelesaikan 2 ujian.
Sebahagian daripada Guru-guru Besar dan PGB Zon Tutong II  yang hadir sebagai jemputan.
GB dan PGB sama-sama mengiringi tetamu kehormat menyaksikan acara pelepasan yang disempurnakan oleh beliau.

PPKD Zon Tutong II membunyikan hon menandakan acara dimulakan.
Setiap Sekolah mewakilkan 2 orang guru untuk menyertai pertandingan. Merekalah yang memulakan acara berkenaan dengan membuka 'kunci' pertandingan. Kelihatan guru-guru sedang membaca arahan yang diberikan di dalam kertas sebelum memulakan tugasan yang diberikan.
Antara aktiviti yang dijalankan iaitu menyelesaikan beberapa soalan Matematik.
Cikgu Yong GB SR Benutan turut memberikan semangat kepada peserta sekolah beliau.
Cikgu Mohamad GB SR AR Tanjong Maya selaku tuanrumah pertandingan tidak ketingalan untuk memerhatikan peserta daripada sekolah beliau.

Para penyokong daripada SR AR Tanjong Maya.

Murid menyelesaikan soalan dibelakang kepingan telur kemudian mencantumkannya menjadi sebiji telur yang besar.
Cikgu Ukoi GB SR Panchong turut memerhatikan kerja yang dibuat oleh peserta daripada sekolah beliau.
 Cikgu Kasim GB SR Layong sempat memberikan kata-kata semangat peserta sekolah beliau.
 Guru-guru dari sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II bertugas menjadi guru pengawas dan menyelengara pertandingan tersebut.
Memancing nombor adalah salah satu aktiviti yang dijalankan.

Setiap Sekolah yang bertanding menghantar sekurang-kurangnya 3 orang guru untuk menyertai pertandingan dan guru pengawas pertandingan.
 Antara para hakim yang bertugas.
Tetamu Kehormat mengumumkan keputusan pertandingan.
Tempat Ketiga, SR Layong yang mencatatkan masa menyelesaikan pertandingan tersebut dalam 1 jam 38 minit dan 42 saat.
 Tempat Kedua, SR Bukit Udal dengan mencatat markah 69% dan dapat menyelesaikan acara dengan catatan masa 1 jam 27 minit dan 10 saat.
Tempat Pertama, SR Danau dengan markah 71% dan mencatat masa selama 1 jam 13 Minit dan 47 saat.
Juara pertandingan Sekolah Rendah Danau bergambar kenangan bersama PPKDT II selaku tetamu kehormat. Tahniah guru-guru dan peserta-peserta pertandingan.

Math Challenge Cluster 1  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Cluster 1 telah menganjurkan perlawanan 'Math Challenge' bagi Sekolah-sekolah Rendah zon Tutong II.
Sekolah-sekolah Cluster 1 terdiri daripada SR Panchong, SR Rambai, SR Lubok Pulau, SR Bukit Udal dan SR Danau, Tutong II. Setiap pasukan menghantar 4 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Cikgu Hj Rosli bin Hj Akup PPKD zon Tutong II.
Guru-guru Besar PSPC 1 mengiringi para tetamu menyaksikan acara yang sedang dijalankan.
Hadir sama PD Tutong 1 Cikgu Masni Duraman serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong.
'Math Challenge' membawa tema 'Maths in Nature'. Para peserta mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam Matematik dengan alam semulajadi.
Murid-murid menyelesaikan soalan dibawah tajuk jualbeli / 'money'.
Acara ini melibatkan guru-guru Matematik Tahun 6 sebagai guru pengawas serta guru-guru dan kakitangan SR Panchong.
Perlawanan ini telah dijalankan di dalam taman Eco-garden SR Panchong.
Setelah menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam taman, para jemputan dipersilakan ke dewan Sekolah untuk menyaksikan tayangan video ' Maths in Nature' dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tempat pertama telah dimenangi oleh SR Panchong.