Cluster III Amazing Maths Race  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 7 Mei 2011 bertempat di Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II telah berlangsung Pertandingan 'Amazing Maths Race' bagi Sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II. Acara berkenaan telah dimulakan seawal jam 7.45 pagi.
 Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang Mulia Cikgu Hj Rosli bin Hj Akop, PPKD Zon Tutong II . Hadir bersama beliau Cikgu Amzah bin Hj Sabtu, PD Tutong II dan Cikgu Zulkepli bin Hj Ahmad, PPD Tutong 1.

Setiap Sekolah menghantar 4 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang murid Tahun 4 dan 2 orang murid Tahun 5.

Tetamu Kehormat merasmikan pertandingan berkenaan dengan membuka tirai spanduk pertandingan. Cikgu Abdul Hamid selaku pengerusi Kluster III mengiringi beliau disepanjang pertandingan dijalankan.
Pertandingan ini merupakan pertandingan yang menguji kecekapan, ketepatan dan masa untuk menyelesaikan masaalah Matematik. Setiap peserta hendaklah menyelesaikan 2 ujian.
Sebahagian daripada Guru-guru Besar dan PGB Zon Tutong II  yang hadir sebagai jemputan.
GB dan PGB sama-sama mengiringi tetamu kehormat menyaksikan acara pelepasan yang disempurnakan oleh beliau.

PPKD Zon Tutong II membunyikan hon menandakan acara dimulakan.
Setiap Sekolah mewakilkan 2 orang guru untuk menyertai pertandingan. Merekalah yang memulakan acara berkenaan dengan membuka 'kunci' pertandingan. Kelihatan guru-guru sedang membaca arahan yang diberikan di dalam kertas sebelum memulakan tugasan yang diberikan.
Antara aktiviti yang dijalankan iaitu menyelesaikan beberapa soalan Matematik.
Cikgu Yong GB SR Benutan turut memberikan semangat kepada peserta sekolah beliau.
Cikgu Mohamad GB SR AR Tanjong Maya selaku tuanrumah pertandingan tidak ketingalan untuk memerhatikan peserta daripada sekolah beliau.

Para penyokong daripada SR AR Tanjong Maya.

Murid menyelesaikan soalan dibelakang kepingan telur kemudian mencantumkannya menjadi sebiji telur yang besar.
Cikgu Ukoi GB SR Panchong turut memerhatikan kerja yang dibuat oleh peserta daripada sekolah beliau.
 Cikgu Kasim GB SR Layong sempat memberikan kata-kata semangat peserta sekolah beliau.
 Guru-guru dari sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II bertugas menjadi guru pengawas dan menyelengara pertandingan tersebut.
Memancing nombor adalah salah satu aktiviti yang dijalankan.

Setiap Sekolah yang bertanding menghantar sekurang-kurangnya 3 orang guru untuk menyertai pertandingan dan guru pengawas pertandingan.
 Antara para hakim yang bertugas.
Tetamu Kehormat mengumumkan keputusan pertandingan.
Tempat Ketiga, SR Layong yang mencatatkan masa menyelesaikan pertandingan tersebut dalam 1 jam 38 minit dan 42 saat.
 Tempat Kedua, SR Bukit Udal dengan mencatat markah 69% dan dapat menyelesaikan acara dengan catatan masa 1 jam 27 minit dan 10 saat.
Tempat Pertama, SR Danau dengan markah 71% dan mencatat masa selama 1 jam 13 Minit dan 47 saat.
Juara pertandingan Sekolah Rendah Danau bergambar kenangan bersama PPKDT II selaku tetamu kehormat. Tahniah guru-guru dan peserta-peserta pertandingan.

This entry was posted on Ahad, Mei 08, 2011 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan