Sesi Perkongsian Ilmu 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Tajuk : FACTS
           ( Fostering & Activating Children's Thinking Skills ) :
            KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
            MELAYU

Rabu 7 November 2012, sesi perkongsian ilmu (SPI) JAPSER diteruskan lagi dengan pembentangan 'Action Research' daripada 3 JAPSER terakhir iaitu JAPSER Tutong 1, JAPSER Belait dan JAPSER Tutong II.
Guru-guru Besar dan PGB serta beberapa orang Guru Kanan tiba seawal 7.15 pagi. Acara tersebut berlangsung di Dewan Sukma Indera Sekolah Rendah Rimba 2.
JAPSER Belait bertugas bahagian Pendaftaran manakala JAPSER Tutong 1 bahagian pengacaraan. JAPSER Tutong II bertanggungjawab bahagian program.
Cikgu Kasim selaku penyampai pertama bahagian pengenalan dan juga merupakan pengerusi sesi tersebut bagi JAPSER Tutong II.

Para penyampai SPI terdiri daripada Cg Kasim Hj Marsal (GB SR Layong) selaku pengerusi sesi kongsisama, Cg Hj Junaidi Hj Siput (GB SR Kg Bukit), Cg Ghazli Hj Umar (GB SR Rambai) mengantikan Cg Chan Ben Fui yang tidak dapat hadir dan Cg Abd Hamid (GB SR PKN Bukit Beruang).
Cg Chekepong (GB SR Benutan) selaku pengendali ICT.
Penyampai kedua Cg Hj Junaidi menyampaikan bahagian Literatur Berkaitan.
Penyampai ketiga Cg Ghazli bin Hj Umar menyampaikan bahagian kaedah dan Dapatan kajian.
Penyampai terakhir Cg Abdul Hamid Hj Mohamad menyampaian bahagian kesimpulan dan cadangan.
Sebelum menutup penyampaian tersebut, satu tayangan klip video mengenai proses sepanjang kajian dijalankan. Klip video tersebut dihasilkan oleh Cg Chekepong.
Selepas penyampaian masing-masing mengucapkan tahniah kepada semua penyampaian kerana telah selesai menyampaikan hasil kajian dengan sempurna seperti yang diharapkan semua ahli.
Akhirnya setiap Pengerusi JAPSER menerima CD hasil kajian daripada 3 zon yang menyampaikan pada hari ini.










Persediaan SPI  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Khamis 30 Ogos lalu bertempat dibilik Persidangan Sek.Rendah Perpindahan Bukit Beruang  II telah diadakan perjumpaan membincangkan SPI JAPSER Tutong II yang dipengerusikan oleh Pengerusi JAPSER, Cg Ghazli.

Perjumpaan itu adalah bagi meneliti data yang diperolehi dan memasukkannya dalam slides.


Majlis Membaca Yaasin, Tahlil Doa Arwah & sambutan Nuzul Al-Qur'an  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis membaca yaasin, tahlil & doa arwah dan diselajurkan dengan ceramah sambutan Nuzul Al-Qur'an anjuran Jawatankuasa JAPSER Tutong II telah diadakan pada khamis 20 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 9 Ogos 2012.
Hadir dimajlis tersebut adalah Cg Hj Rosli bin Hj Akup,PPKD Zon Tutong II, Cg Umarali bin Ismail, PPDZTII dan Cg Md Ridhuan bin Abdullah, PDZTII. 
Bacaan Yaasin, tahlil dan doa arwah telah dipimpin oleh Cg Tarmizi bin Hj Serbini, guru S.R. Layong.
Sebelum itu, ceramah sempena Nuzul Al-Qur'an telah disampaikan oleh Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi, Penceramah undangan daripada Pusat Dakwah dan Islamiah.
Pengerusi JAPSER Tutong II, Cg Ghazli menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hj Rawi.
Cenderamata untuk penceramah undangan.









 


Majlis Khatam Al-Qur'an 66 kali  

Posted by: JAPSER TUTONG II

6 Ogos, Isnin bertempat di masjid Tutong telah berlangsung majlis khatam Al-Qur'an 66 kali sempena sambutan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke 66 tahun.
Guru-Guru Besar Daerah Tutong selaku AJK kerja bagi majlis tersebut bersama dengan Pengetua-pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong.



Persediaan SPI  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Rabu 1 Ogos lalu ahli-ahli JAPSER Tutong II telah mengadakan perjumpaan bagi persiapan SPI bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh Pengerusi JAPSER Tutong II , Cg Ghazli.
Ahli-ahli JAPSER Tutong II juga mengalu-alukan kedatangan seorang ahli baru iaitu PGB Sek.Rendah Perpindahan Kg Bukit Beruang II, Cg Christine yang baharu memulakan tugas beliau sebagai PGB bermula hari itu 1 Ogos 2012.
Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan intervensi seterusnya setelah mengadakan intervensi pertama.
Semua ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan.





Majlis Perlancaran 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petak pameran Sekolah-Sekolah zon Tutong II.

Sabtu 30 Jun lalu telah berlangsung Majlis pembukaan rasmi program 'outreach' - Menuju Masyarakat Berilmu bertempat di Rizqun International Hotel. Cg Ukoi selaku pengiring SUT sedang menunggu ketibaan beliau ke 'booth' Zon Tutong II.

Brochures untuk para pengunjung.
Antara bahan pameran yang dipamerkan merupakan laporan pencapaian program berkenaan.
Video menunjukkan program-program yang dijalankan di Sekolah-Sekolah.
Riben untuk pembukaan rasmi program-program 'Outreach' Sekolah-Sekolah Zon Tutong II
Pembukaan rasmi program 'outreach' sekolah-Sekolah Tutong 2 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (CE) Cg Hj Marof bin Hj Murni dengan memotong riben yang telah disediakan. Cg ukoi menyambut dan mengiringi  rombongan tersebut.
Cg Rosimah sedang menerangkan serba sedikit tentang program-program 'Outreach' yang dijalankan di Sekolah-sekolah zon Tutong II.
Antara leaflets, brochures, bookmarks dan laporan program yang dipamerkan.
Pengunjung-pengunjung yang menyaksikan pameran Tutong II.
Antara pengunjung yang hadir adalah Cg Nudin bin Hj Mohammad, Pmk.PPKD Zon Brunei 1.


Persiapan bagi Pembukaan Majlis 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Jumaat petang 29.06.2012 ahli-ahli JAPSER Tutong II telah bersama-sama membuat persiapan untuk Majlis perlancaran 'Outreach Program' yang akan diadakan pada hari Sabtu 30 Jun kira-kira 2 petang.

Masing-masing sibuk membuat persiapan berkenaan agar pameran nampak menarik.
Guru-guru kanan dan guru-guru penganti GB cuti juga hadir membantu membuat persiapan berkenaan.

Suasana petak pameran diwaktu pagi 30 Jun. Membuat persiapan terakhir sebelum perasmian sebelah petang.
Walau sibuk namun sempat juga bergurau senda.






Persiapan Majlis Perasmian 'Outreach Program'  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 20hb Jun lalu ahli-ahli JAPSER Tutong II telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan bentuk pameran bagi majlis perlancaran 'Outreach programme' Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah senegara yang dijadualkan pada 27hb.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Cikgu Kasim bertempat di bilik mesyuarat Jabatan sekolah-Sekolah Tutong. Mesyuarat juga dihadiri oleh guru-guru Kanan yang mewakili Guru besar yang sedang bercuti.