Persiapan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan bagi Guru-Guru mata pelajaran Teras PSR 2012 Sekolah-Sekolah Rendah Zon Tutong 2  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Suasana persiapan majlis kesyukuran dan penghargaan guru-guru mengajar mata pelajaran teras PSR 2012.

         PPD Zon Tutong 2 dan PD Zon Tutong 2 sedang memeriksa powerpoint slides yang telah disiapkan oleh SR  Tumpuan Telisai.    ksa  

Majlis Kesyukuran dan Penghargaan bagi Guru-guru mata pelajaran Teras PSR 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis kesyukuran dan penghargaan bagi Guru-guru Tahun 6 mengajar mata pelajaran teras PSR 2012 telah diadakan pada hari Sabtu 9 Mac 2013 lalu bertempat di Dewan serbaguna Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang 2. Majlis tersebut adalah khusus bagi guru-guru sekolah-sekolah zon Tutong 2. Cikgu Umar Ali bin Hj Ismail PPD Zon Tutong 2 merupakan pengerusi kajlis tersebut sedang memberi ucapan penghargaan terhadap guru-guru Tahun 6 dan JAPSER Tutong 2 yang telah mengungkayahkan acara tersebut.
Yang Mulia Awg Hj Azis bin Hj Nyan, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah) hadir selaku tetamu kehormat majlis. Majlis ini adalah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah Zon Tutong 2 dengan kerjasama JAPSER Tutong 2. Ini merupakan kali kedua acara ini dijalankan setelah zon Tutong 2 mendapat tempat rank pertama dalam keputusan PSR senegara. Tahun ini merupakan kali keempat berturut-turut zon Tutong 2 mengungguli tempat pertama senegara.
Saat ketibaan tetamu kehormat majlis diiringi oleh pengerusi majlis Cg Umarali dan pengerusi JAPSER Tutong 2 Cg Mohammad.
Tetamu kehormat berkenan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil-sijil bagi guru-guru dan Sekolah-sekolah yang mencapai sasaran nasional 80%. Cikgu Chan Ben Fui Guru Besar SR. DPS Ukong menerima hadiah bagi Sekolah yang berjaya mencapai sasaran nasional.
Cikgu Rosimah Guru Besar SR Lubok Pulau menerima hadiah Sekolah yang mencapai 100% lulus dalam PSR 2012.
Cikgu Chekepong Guru Besar SR Benutan menerima hadiah sekolah yang mencapai 100% lulus. Terdapat 5 buah sekolah zon Tutong 2 yang mendapat 100% lulus dalam PSR 2012 iaitu SR Benutan, SR Rambai, SR Penapar, SR Panchong dan SR Lubok Pulau.
 Sementara 5 buah sekolah dapat mencapai sasaran nasional 80% iaitu SR DPS Ukong, SR Bukit Udal, SR AR Tanjong Maya, SR Layong dan SR Tumpuan Telisai.
Hadiah-hadiah juga diberikan kepada sekolah-sekolah yang dapat menghasilkan 5 "A" dalam PSR. Sebanyak 3 sekolah yang dapat menghasilkannya iaitu SR Tumpuan Telisai, SR DPS Ukong dan SR PKN Bukit Beruang.
Antara jemputan yang hadir termasuk Pmk.PP(R) Cg Nudin Hj Mohammad, PD Tutong 1 Cg Masni Duraman dan pegawai-pegawai Jabatan Sekolah-Sekolah Zon Tutong 2.

Tetamu kehormat berkenan bergambar bersama guru-guru & kakitangan Sekolah Rendah Danau.
Sekolah Rendah Penapar juga berkesempatan untuk bergambar dengan beliau.