Majlis Mesyuarat Mejabulat Pemimpin-pemimpin Pendidikan Asia Tenggara ke 5 & Persidangan Pemimpin-pemimpin Sekolah Asia Tenggara ke 3 Negara Brunei Darussalam  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis peresmian mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 26hb Januari bertempat di Rizqun International Hotel. Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah telah menghadiri persidangan tersebut.
Hari pertama persidangan tersebut pada 26.01.2011. 
Hari Kedua 27.01.2011 menyaksikan ucaptama Timbalan Menteri Malaysia, Datuk Hj Mohyiddin .
Hari kedua bermula jam 7.30 pagi hingga 5.35 petang.



Hari ketiga 28hb Januari 2011. Hari penutupan resmi persidangan tersebut.
Delegasi dari luar negeri yang menghadiri persidangan.





Komiti menyelaras Persediaan Mengajar  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Sabtu 22hb Januari lepas telah berlangsung perjumpaan Guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 6 untuk menyelaras Persediaan Mengajar bagi Bahasa Inggeris Tahun 6. Hadir sama untuk memberikan sedikit penerangan tentang tujuan dan harapan JSS, Tutong ialah PPKDZT 2 dan PPDT 2.
Semua guru-guru Bahasa Inggeris Tutong 1 & 2 mengajar Bahasa Inggeris telah dikumpulkan bersama. Cikgu Hazibah Hj Abd Manan selaku pemudahcara dan 'focal person' bagi Tutong 1 dan Cikgu Hjh Kostinah bagi Tutong II.


Perjumpaan tersebut telah diadakan di bilik Mesyuarat, JSS Tutong dan bermula jam 1.45 petang.

Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kluster masing-masing.

Antara objektif komiti ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan guru-guru mengajar Bahasa Inggeris mengikut format Persediaan Mengajar SPN yang telah diberikan kepada mereka terdahulu dan menyelaras isi kandungan pelajaran B.Inggeris Tahun 6 kerana pada masa ini buku rujukan/text/bukukerja belum ada disediakan. 

Mesyuarat Kali Pertama PSPC 1  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Mensyuarat PSPC 1 telah berlangsung pada 20 Januari 2011 bertempat di bilik Mesyuarat Jabatan Sekolah-sekolah Tutong kira-kira jam 2 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Ukoi, GB SR Panchong Tutong II.
Perbincangan juga meliputi pembuatan perangkaan Kertas kerja bagi program-program tersebut.
Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan program-program yang akan dijalankan oleh Komiti 1 kepada Sekolah-sekolah kawasan Tutong 2.

Mesyuarat Peraduan Mari Bercerita 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Khamis 20 Januari 2011 bertempat di Balai Pameran, Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka, BSB telah berlangsung mesyuarat Peraduan Mari Bercerita 2011. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai daripada DBP.

Pengerusi dan Setiausaha JAPSER senegara telah diundang untuk menghadiri perjumpaan berkenaan.

Perjumpaan Professional PPKDZT2 bersama Pemimpin Sekolah Zon Tutong II Kali Pertama Tahun 1432/2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Perjumpaan kali pertama PPKDZT2 bersama Pemimpin-pemimpin Sekolah Program Sokongan Pembelajaran Cluster (PSPC) 1 telah berlangsung pada hari Khamis 13 Januari 2011 bertempat di bilik pameran SR Danau, Tutong II.
Hadir bersama Cikgu Umarali Ismail, PPDT2 dan Cikgu Zulkepli Hj Ahmad, PPDT1.
Sebanyak 5 buah sekolah dalam kumpulan ini iaitu SR Panchong selaku Pengerusi, SR Bukit Udal, SR Lubok Pulau, SR Danau dan SR Rambai, Tutong II.
Setiap Guru Besar melaporkan perjalanan Sekolah Tahun 2011 dan berkesempatan untuk menyuarakan beberapa pendapat dan cadangan kepada PPKDZT2.

SPI JAPSER Kawasan Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

SUASANA PETANG
Pendaftaran para peserta telah dibukakan seawal jam 1.00 petang.
Masing-masing menjalankan tugas yang diberikan.
 Guru-guru Besar bahagian penyambut tetamu.
GB dan PGB Tutong II menggunakan tema warna putih semasa hari tersebut.
Antara Pegawai-pegawai daripada JSS, Tutong yang hadir turut memberikan semangat kepada team ini.
Inilah bentuk CD yang akan disampaikan kepada semua pengerusi JAPSER.
Cg Hjh Kostinah selaku juruacara majlis sedang membuat persiapan terakhir beliau sebelum acara dimulakan.
Sementara menunggu para peserta berkumpul semua , mereka telah disajikan dengan video clip 'best practises' Sekolah-sekolah kawasan Tutong 2.
Cikgu Abd Hamid bertugas mengagihkan cenderahati kepada para tetamu khas.
Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Cikgu Kasim Hj Marsal, GB SR Layong.
Antara pengawai-pegawai Bahagian Pendidikan Rendah yang hadir.
Tetamu Kehormat yang hadir Cikgu Hj Zulkepli bin Hj Ladis, Pmk Penolong Pengarah ,JSS di iringi oleh PPKDT2 Cikgu Hj Rosli bin Akup dan Pengerusi JAPSER Tutong II, Cikgu Hjh Nurul Inani.
PKD Tutong, Cikgu Hj Yahya dan Cg Umarali Ismail, PPDT2 serta pegawai-pegawai daripada JSS Tutong hadir sama memberikan sokongan.
Penyampai 1 Cikgu Mohmad Ali bin Hj Nudin juga mempengerusikan penyampaian berkenaan.
Penyampai kedua bahagian 'Literature Review" Cikgu Shetela ,GB SR Bukit Udal.
Semua peserta diberikan beberapa soalan untuk dijawab sebagai latihan.
Penyampai ketiga, Cikgu Ukoi GB SR Panchong bahagian 'Methodology'.
Penyampai terakhir, Cikgu Rosimah, GB SR Lubok Pulau.
Selesai penyampaian, sesi soal-jawab dijalankan. Cikgu Mohmad Ali dan Cikgu Ukoi menjawab soalan-soalan yang diajukan mengenai projek berkenaan.
Guru-guru Besar & PGB yang bertugas mencatat soalan-soalan yang diajukan oleh Guru-guru Besar.
Guru Besar SR Jalan 49,Lambak Kanan sedang mengajukan soalan beliau mengenai 'Lattice Method'.
Guru Besar SR Pusar Ulak mengajukan soalan beliau.


Guru Besar SR Junjungan juga mengongsikan pendapat beliau tentang kaedah yang digunakan oleh murid-murid dalam menyelesaikan masalah daraf dalam Matematik.
Akhir sekali PGB SR Jalan 49 Lambak kanan, Cikgu Hjh Hafizah mengkongsikan pandangan beliau.

Acara seterusnya penyampaian CD kepada Pengerusi-pengerusi JAPSER senegara.
Acara penutup, bacaan Doa selamat & doa penutup oleh Cikgu Kasim Hj Marsal, GB SR Layong.
Bergambar ramai setelah selesai acara.