Komiti menyelaras Persediaan Mengajar  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Sabtu 22hb Januari lepas telah berlangsung perjumpaan Guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 6 untuk menyelaras Persediaan Mengajar bagi Bahasa Inggeris Tahun 6. Hadir sama untuk memberikan sedikit penerangan tentang tujuan dan harapan JSS, Tutong ialah PPKDZT 2 dan PPDT 2.
Semua guru-guru Bahasa Inggeris Tutong 1 & 2 mengajar Bahasa Inggeris telah dikumpulkan bersama. Cikgu Hazibah Hj Abd Manan selaku pemudahcara dan 'focal person' bagi Tutong 1 dan Cikgu Hjh Kostinah bagi Tutong II.


Perjumpaan tersebut telah diadakan di bilik Mesyuarat, JSS Tutong dan bermula jam 1.45 petang.

Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kluster masing-masing.

Antara objektif komiti ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan guru-guru mengajar Bahasa Inggeris mengikut format Persediaan Mengajar SPN yang telah diberikan kepada mereka terdahulu dan menyelaras isi kandungan pelajaran B.Inggeris Tahun 6 kerana pada masa ini buku rujukan/text/bukukerja belum ada disediakan. 

This entry was posted on Ahad, Januari 30, 2011 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan