Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Miri  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pagi 12 Jun 2012 lawatan professional JAPSER Tutong 1 & Tutong II diteruskan lagi ke Sekolah Kebangsaan Miri yang terletak di bandar Miri. Sekolah ini baru sahaja dibina.

Rombongan kami disambut oleh Pengetua Sekolah Cikgu Chundi bin Manan.
Mendengar ucapan alu-aluan dan sejarah sekolah berkenaan oleh Cikgu Chundi.
Saling bertukar-tukar ucapan dan cenderahati.
Kami berkenan melawat kelas-kelas di Sekolah itu termasuk Pra Sekolah yang menyediakan KG .

Lawatan ke Sekolah Chung San  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petang 11.6.2012 selepas makan tengahari di Sekolah Agama Miri, ahli-ahli rombongan beredar ke Sekolah kedua iaitu Sekolah Chung San sebuah sekolah swasta. Rombongan tiba kira-kira jam 2.30 petang.
Setibanya rombongan telah disambut oleh Pengetua Sekolah berkenaan.
Sekolah ini dibina oleh seorang ahli perniagaan Miri.
Rombongan kami diberi penerangan mengenai pengajaran menggunakan ICT yang dinamakan mi class. Sekolah ini menggunakan teknologi mi-cam, mi-scan dan mi-pen dalam pengajaran.
Inilah mi-scan yang dimaksudkan. Fungsinya seperti visualizer yang terdapat di sekolah-Sekolah Rendah disini.
Ahli-ahli rombongan menyaksikan bagaimana pengajaran menggunakan teknologi ini dijalankan.
kami menyaksikan tarian Mongolia yang dipersembahkan oleh penuntut-penuntut sekolah itu.
Penari-penari tadi kemudiannya memberikan risalah sekolah mereka kepada semua ahli rombongan sebagai cendera hati daripada mereka.
Ketua ahli rombongan bertukar-tukar cenderahati sebagai kenangan dan penanda aras.
Semua ahli bergambar ramai sebagai kenangan lawatan. lawatan berakhir kira-kira jam 4.00 petang.

Lawatan Professional ke Sekolah Agama MIS Miri  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Isnin 11 Jun 2012.
Bergambar ramai sebelum memulakan lawatan ke dalam kelas-kelas.
Tempat kedua yang dilawati oleh rombongan JAPSER Tutong 1 & 2 adalah Sekolah Kebangsaan Agama (MIS )Miri. Sekolah ini merupakan Sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4.
 Rombongan dialu-alukan dengan pukulan kompang daripada penuntut-penuntut Sekolah tersebut.

Diakhir lawatan ahli-ahli rombongan GB & PGB Tutong mendengar taklimat daripada Guru Besar Sekolah berkenaan Cg Basar bin Hj Mudin.
Saling bertukar-tukar cendera hati selepas Cg Hj Shuani membuat ucapan balas kepada Awg Basar.
Lawatan berakhir dengan makan tengahari yang diberikan oleh tuanrumah. Kami bertolak dari sekolah ini kira-kira 1.30 ptg untuk menuju ke Sekolah Chung San sekolah kedua yang dilawati hari itu.

Lawatan Professional ke Pejabat Pelajaran Daerah Miri, Sarawak  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Diakhir penerangan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Miri bertukar-tukar cendera hati dengan ketua rombongan Cg Hj Shuani bin Hj Kadir, Pmk.PPD Tutong.
Ahli-ahli rombongan diberi penerangan mengenai Jabatan Pelajaran Miri dan Sekolah-Sekolah dibawah kawalan Daerah Miri.
Seramai 3 orang ahli JAPSER Tutong 2 mengikuti rombongan berkenaan yang bermula pada 11 Jun hingga 12 Jun 2012.
Sebelum meninggalkan pejabat berkenaan semua GB & PGB menandatangani buku lawatan.
Sesi bergambar ramai bersama kesemua ahli GB dari Miri dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Miri.

Kongres Pemimpin-pemimpin Sekolah Rendah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 6 & 7 Jun lalu, Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar senegara menghadiri kongres pemimpin-pemimpin Sekolah Rendah Kali Pertama Tahun 2012 bertempat di Rizqun International Hotel.
Majlis tersebut telah dibuka resmi oleh yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Datuk Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan.
 Kongres berkenaan berlangsung selama 2 hari.

Majlis Perpisahan Guru Besar Bersara  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 26 Mei 2012 lalu telah diadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Samihon Hj Kechi yang telah bersara pada 2 Mac 2012.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh PPKD Zon Tutong II dan PPDZT2 Cg Umarali. Bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Cg Kasim.

Majlis telah dihadiri oleh Guru-Guru Besar & PGB Sekolah-Sekolah Zon Tutong 2.
Cg Samihon memberikan ucapan dan pesanan beliau kepada para hadirin yang hadir. Kemudian beliau sudahi dengan membaca sebuah puisi yang beliau tulis sendiri yang kandungannya memberi nasihat dan peringatan tentang hidup dan kerjaya sebagai seorang pemimpin sekolah.