Lawatan ke Sekolah Chung San  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Petang 11.6.2012 selepas makan tengahari di Sekolah Agama Miri, ahli-ahli rombongan beredar ke Sekolah kedua iaitu Sekolah Chung San sebuah sekolah swasta. Rombongan tiba kira-kira jam 2.30 petang.
Setibanya rombongan telah disambut oleh Pengetua Sekolah berkenaan.
Sekolah ini dibina oleh seorang ahli perniagaan Miri.
Rombongan kami diberi penerangan mengenai pengajaran menggunakan ICT yang dinamakan mi class. Sekolah ini menggunakan teknologi mi-cam, mi-scan dan mi-pen dalam pengajaran.
Inilah mi-scan yang dimaksudkan. Fungsinya seperti visualizer yang terdapat di sekolah-Sekolah Rendah disini.
Ahli-ahli rombongan menyaksikan bagaimana pengajaran menggunakan teknologi ini dijalankan.
kami menyaksikan tarian Mongolia yang dipersembahkan oleh penuntut-penuntut sekolah itu.
Penari-penari tadi kemudiannya memberikan risalah sekolah mereka kepada semua ahli rombongan sebagai cendera hati daripada mereka.
Ketua ahli rombongan bertukar-tukar cenderahati sebagai kenangan dan penanda aras.
Semua ahli bergambar ramai sebagai kenangan lawatan. lawatan berakhir kira-kira jam 4.00 petang.

This entry was posted on Selasa, Jun 26, 2012 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan