Pembukaan resmi e-Hijrah 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis pembukaan resmi e-Hijrah 2011 telah berlangsung pada 28hb Februari 2011 bertempat di Empire Hotel & Country Club Jerudong. Majlis itu dimulakan kira-kira jam 9.30 pagi iaitu upacara peresmian dan diteruskan hingga ke petang untuk mendengar sesi kongsisama daripada penceramah luar negara seperti Indonesia, New Zealand dan Singapore.

Majlis Meraikan Pegawai-pegawai JSS, Tutong 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis meraikan pertukaran Guru-guru Besar dan persaraan mantan Pmk.Pen.Pengarah Daerah Tutong 2010 telah berlangsung pada 21hb Februari 2011 bertempat di Magrove Paradise Resort restaurant . Majis telah berlangsung kira-kira pukol 2 petang. Gambar di atas menunjukkan cenderahati untuk pegawai-pegawai JSS Tutong yang diraikan.
Cikgu Abdul Kani bin Abdullah Ulang, Pmk.Penolong Pengarah Daerah Tutong adalah salah seorang pegawai yang diraikan. Beliau telah memulakan zaman persaraan beliau pada Oktober 2010.
Beliau sempat mengongsikan beberapa pesanan kepada Guru-guru Besar yang masih bertugas di sekolah-sekolah Zon Tutong khasnya.
Cikgu Hj Rosli bin Akup yang telah bertukar bertugas ke Bahagian Pentadbiran JSS, Tutong dan telah ditetapkan jawatan menjadi  PPKD Zon Tutong 2 bermula hujung tahun lepas.
Cikgu Zulkepli bin Ahmad dan Cikgu Umarali bin Hj Ismail juga diraikan sempena pertukaran mereka ke Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong selaku PPDT1 dan PPDT2.
Mengabadikan kenangan terakhir bersama mantan PPKDT yang banyak menambur jasa terhadap kemajuan akademik Daerah Tutong.