Majlis Perpisahan Guru Besar + Doa Kesyukuran + Tahlil Doa arwah JAPSER Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 23.07.2011 bertempat di Millenium Restaurant telah diadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Jalan bin Ramai, mantan Guru Besar Sekolah Rendah Bukit Tutong II yang telah berpindah ke Unit Kenderaan Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong. Cikgu Abd Hamid selaku juruacara majlis.
Majlis hari itu juga diselajurkan dengan bacaan tahlil doa arwah JAPSER Tutong II dan doa selamat kerana telah berjaya mengungkayahkan pameran PPPS+M . Cikgu Kamarul dari S.R.Benutan memimpin tahlil dan seterusnya membaca doa.
Cikgu Jalan menerima cenderahati daripada JAPSER Tutong II yang disampaikan oleh PPKD Zon Tutong II. Hadir dimajlis tersebut juga Cikgu Umar Ali PPD Zon Tutong II.
Turut dijemput beberapa orang guru yang telah banyak membantu mengunkayahkan aktiviti JAPSER Tutong II.
Pengerusi JAPSER Tutong II, Cikgu Hjh Nurul Inani memberikan ucapan alu-aluan beliau.

Perjumpaan AJK Tertinggi JAPSER Senegara Bersama Pmk PP(R)  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Rabu 13 Julai 2011, Pengerusi, Setiausaha 1 dan Ketua Akademik JAPSER Tutong II telah sama-sama menghadiri perjumpaan bersama Pmk PP(R) dan PTKK bertempat di Sekolah Rendah Rimba 1.
Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan aktiviti-aktiviti JAPSER senegara 2011 seterusnya serta kalendar 2012.
Pengerusi dan Setiausaha 1 .

ICT Workshop for School leaders  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 4 & 5 Julai lalu, Guru-guru Besar, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah serta Pengetua-pengetua Sekolah Menengah senegara telah menghadiri Bengkel 'ICT for School leaders' bertempat di Dewan Empire Hotel & Country Club.
Bengkel tersebut adalah anjuran ICT Department Kementerian Pendidikan yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada Pemimpin-pemimpin sekolah tentang Plan Tindakan Fasa 1 ICT Department kepada Sekolah-sekolah yang dijangkakan berakhir pada tahun 2017.
Majlis Penutup Resmi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahrud bin Hj Murni. Setiausaha Tetap ( Pendidikan Teras ) Kementerian Pendidikan.

Lawatan ke Pameran BRIDEX 2011  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Rabu 6 Julai 2011 JAPSER Tutong II telah mengadakan lawatan ke pameran BRIDEX 2011 bertempat dikawasan Bridex hall Jerudong.
Pameran tersebut merupakan pemeran alatan ketenteraan dari lebih daripada 10 buah negara.
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau dengan lebih dekat lagi alatan/barangan ketenteraan yang digunakan untuk mempertahankan negara.
Guru-guru Besar berpeluang untuk mencuba sendiri senjata-senjata yang dipamerkan.
Di kawasan lapang luar dewan pameran , juga dipamerkan kenderaan tentera seperti kerita kebal, helicopter dan lain-lain lagi.
'Air show' juga dipertontonkan dengan adengan-adengan akrobatik daripada tentera luar.

PPPS + M  

Posted by: JAPSER TUTONG II

JAPSER Tutong II telah menganjurkan pameran PPPS + M bagi Sekolah-sekolah Rendah Zon Tutong II. Seramai 14 buah sekolah menyertai pameran tersebut. Acara dimulakan jam 8.30 pagi.
Tetamu Kehormat Tuan Hj Mahrub bin Hj Murni, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) yang juga merasmikan pameran pada 11.7.2011 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna S.R. Perpindahan Bukit Beruang II.
Turut hadir Pmk.Pengarah Pusat STEP beserta 2 orang pegawai STEP, Cikgu Ismail Tia dan Cikgu Hj Abd Rahman daripada BPR, wakil-wakil pengetua SMSO dan SM Tg Maya, PPKD Zon Tutong II, pegawai-pegawai JSS Tutong, Guru-guru Besar dan PGB Zon Tutong 1 & Tutong II serta guru-guru dan murid-murid Sekolah-sekolah Rendah Tutong II.






Majlis Penyerahan Wang Perbelanjaan bagi PPS + M  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Selasa 28 Jun 2011 bertempat di Pusat STEP Berakas telah berlangsung acara penyerahan wang perbelanjaan untuk mengadakan acara PPS + M bagi zon Tutong II. Hadir sama ketua PPS + M bagi kawasan Tutong iaitu Cikgu Purat dan pemangku pengarah Pusat STEP.
Cikgu Hjh Nurul menerangkan kertas kerja cadangan acara tersebut kepada pengawai-pegawai Pusat STEP.
Hadir sama mewakili JAPSER Tutong II iaitu Cikgu Mohmad Ali selaku Timbalan Pengerusi, Cikgu Hjh Kostinah Setiausaha 1dan Bendahari Cikgu Koo Tin Lan.
Cikgu Mohmad Ali juga turut menerangkan serba sedikit mengenai pameran yang akan diadakan untuk PPS + M Julai ini.
Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 12.25 tengahari.