Majlis Perpisahan Guru Besar + Doa Kesyukuran + Tahlil Doa arwah JAPSER Tutong II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 23.07.2011 bertempat di Millenium Restaurant telah diadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Jalan bin Ramai, mantan Guru Besar Sekolah Rendah Bukit Tutong II yang telah berpindah ke Unit Kenderaan Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong. Cikgu Abd Hamid selaku juruacara majlis.
Majlis hari itu juga diselajurkan dengan bacaan tahlil doa arwah JAPSER Tutong II dan doa selamat kerana telah berjaya mengungkayahkan pameran PPPS+M . Cikgu Kamarul dari S.R.Benutan memimpin tahlil dan seterusnya membaca doa.
Cikgu Jalan menerima cenderahati daripada JAPSER Tutong II yang disampaikan oleh PPKD Zon Tutong II. Hadir dimajlis tersebut juga Cikgu Umar Ali PPD Zon Tutong II.
Turut dijemput beberapa orang guru yang telah banyak membantu mengunkayahkan aktiviti JAPSER Tutong II.
Pengerusi JAPSER Tutong II, Cikgu Hjh Nurul Inani memberikan ucapan alu-aluan beliau.

This entry was posted on Isnin, Julai 25, 2011 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan