Sesi Perkongsian Ilmu 2012
PostedTajuk : FACTS
( Fostering & Activating Children's Thinking Skills ) :
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Guru-guru Besar dan PGB serta beberapa orang Guru Kanan tiba seawal 7.15 pagi. Acara tersebut berlangsung di Dewan Sukma Indera Sekolah Rendah Rimba 2.
Cikgu Kasim selaku penyampai pertama bahagian pengenalan dan juga merupakan pengerusi sesi tersebut bagi JAPSER Tutong II.
Para penyampai SPI terdiri daripada Cg Kasim Hj Marsal (GB SR Layong) selaku pengerusi sesi kongsisama, Cg Hj Junaidi Hj Siput (GB SR Kg Bukit), Cg Ghazli Hj Umar (GB SR Rambai) mengantikan Cg Chan Ben Fui yang tidak dapat hadir dan Cg Abd Hamid (GB SR PKN Bukit Beruang).
Cg Chekepong (GB SR Benutan) selaku pengendali ICT.
Penyampai kedua Cg Hj Junaidi menyampaikan bahagian Literatur Berkaitan.
Penyampai ketiga Cg Ghazli bin Hj Umar menyampaikan bahagian kaedah dan Dapatan kajian.
Penyampai terakhir Cg Abdul Hamid Hj Mohamad menyampaian bahagian kesimpulan dan cadangan.
Sebelum menutup penyampaian tersebut, satu tayangan klip video mengenai proses sepanjang kajian dijalankan. Klip video tersebut dihasilkan oleh Cg Chekepong.
Selepas penyampaian masing-masing mengucapkan tahniah kepada semua penyampaian kerana telah selesai menyampaikan hasil kajian dengan sempurna seperti yang diharapkan semua ahli.
Akhirnya setiap Pengerusi JAPSER menerima CD hasil kajian daripada 3 zon yang menyampaikan pada hari ini.
This entry was posted
on Rabu, November 07, 2012
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.