Majlis Membaca Yaasin, Tahlil Doa Arwah & sambutan Nuzul Al-Qur'an  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Majlis membaca yaasin, tahlil & doa arwah dan diselajurkan dengan ceramah sambutan Nuzul Al-Qur'an anjuran Jawatankuasa JAPSER Tutong II telah diadakan pada khamis 20 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 9 Ogos 2012.
Hadir dimajlis tersebut adalah Cg Hj Rosli bin Hj Akup,PPKD Zon Tutong II, Cg Umarali bin Ismail, PPDZTII dan Cg Md Ridhuan bin Abdullah, PDZTII. 
Bacaan Yaasin, tahlil dan doa arwah telah dipimpin oleh Cg Tarmizi bin Hj Serbini, guru S.R. Layong.
Sebelum itu, ceramah sempena Nuzul Al-Qur'an telah disampaikan oleh Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi, Penceramah undangan daripada Pusat Dakwah dan Islamiah.
Pengerusi JAPSER Tutong II, Cg Ghazli menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hj Rawi.
Cenderamata untuk penceramah undangan.









 


This entry was posted on Sabtu, Ogos 11, 2012 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan