Math Challenge Cluster 1  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Cluster 1 telah menganjurkan perlawanan 'Math Challenge' bagi Sekolah-sekolah Rendah zon Tutong II.
Sekolah-sekolah Cluster 1 terdiri daripada SR Panchong, SR Rambai, SR Lubok Pulau, SR Bukit Udal dan SR Danau, Tutong II. Setiap pasukan menghantar 4 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Cikgu Hj Rosli bin Hj Akup PPKD zon Tutong II.
Guru-guru Besar PSPC 1 mengiringi para tetamu menyaksikan acara yang sedang dijalankan.
Hadir sama PD Tutong 1 Cikgu Masni Duraman serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong.
'Math Challenge' membawa tema 'Maths in Nature'. Para peserta mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam Matematik dengan alam semulajadi.
Murid-murid menyelesaikan soalan dibawah tajuk jualbeli / 'money'.
Acara ini melibatkan guru-guru Matematik Tahun 6 sebagai guru pengawas serta guru-guru dan kakitangan SR Panchong.
Perlawanan ini telah dijalankan di dalam taman Eco-garden SR Panchong.
Setelah menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam taman, para jemputan dipersilakan ke dewan Sekolah untuk menyaksikan tayangan video ' Maths in Nature' dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tempat pertama telah dimenangi oleh SR Panchong.

This entry was posted on Ahad, Mei 01, 2011 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan