JAPSER Tutong II membawakan topik Sumber Perekonomian Daripada Jenis-jenis Kayu. Pameran ini mengetengahkan produk-produk hasil kerjatangan daripada 3 puak yang terdapat di Daerah Tutong.
Penyelia Daerah Zon Tutong II Cikgu Amzah turut menyaksikan pameran dan memberi sokongan moral terhadap JAPSER Tutong II yang dibawah seliaan beliau.
| Nama-nama benda dalam pameran ini menggunakan 4 jenis bahasa iaitu bahasa Melayu Baku, bahasa Tutong , bahasa Kedayan dan bahasa Dusun. Puak-puak ini adalah puak yang terdapat di Daerah Tutong amnya. |
| Gendang sedaman yang diperbuat daripada kayu sedaman. Alat muzik ini telah dibuat sendiri oleh Cikgu Samihon. |
| Alat-alat pengukur kelapa dan kandul untuk memerah santan kelapa. |
| Bermacam jenis gegawi yang dihasilkan oleh puak Kedayan, Tutong dan Dusun. |
| Nama-nama Sekolah yang ada di dalam zon Tutong II yang diukir di atas kayu. |
| Antara berbagai jenis tongkat yang diperbuat daripada kayu. |
| Cenderahati kenang-kenangan daripada JAPSER Tutong II kepada Tetamu Kehormat dan rombongan. |
| Demostrasi mengarut kelapa mengunakan pengarut kuda zaman dahulu. |
| Akar Tongkat Ali yang terkenal dapat menyembuhkan beberapa penyakit. |
| Menyaksikan pameran gasing , alat-alat sukatan zaman dahulu dan replika kisar padi. |
| Menerangkan mengenai ubat-ubatan tradisional daripada kayu dan akar kayu. |
| Cikgu Samihon sedang membuat demonstrasi membelah kayu menggunakan kapak sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat. |
| Tetamu kehormat Majlis terpegun menyaksikan pameran. |
| Pengarah Sekolah-sekolah Cikgu Hj Ibrahim sedang meniti di titian yang dibina diluar pondok. |
This entry was posted
on Ahad, Mei 01, 2011
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.