AKSI JAPSER TUTONG II  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Acara AKSI dimulakan dengan senam robik. Semua warga 14 buah sekolah zon Tutong II menghadiri acara tersebut dengan memakai pakaian sukan sekolah masing-masing serta berbaris mengikut nama-nama sekolah yang telah ditandakan.
3 orang pegawai daripada Bahagian Belia dan Sukan Daerah Tutong telah mengetuai senam robik berkenaan dengan dibantu oleh guru-guru Pendidikan Jasmani zon Tutong II.


Acara AKSI  tersebut diadakan pada hari Ahad, 11 September 2011.  Aktiviti Kesihatan Bahagian Pendidikan Rendah itu dikendalikan oleh JAPSER Tutong II.
Guru-guru Besar zon Tutong II
Antara Guru-guru Besar zon Tutong 1 yang hadir.
 Antara pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah yang hadir pada hari tersebut.












Walkaton sejauh 2.5km tersebut dimulakan di Komplek Sukan Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Tutong II.
Laluan berkenaan juga melalui pantai . Guru-guru, kakitangan Sekolah serta ahli-ahli PIBG Sekolah-sekolah Rendah zon Tutong II juga menyertai walkaton tersebut.
 Cikgu Chan bertugas menjaga pancang laluan.
 Cikgu Kasim dibantu oleh anak beliau bertugas memberikan minuman air kepada para peserta walkaton sambil disaksikan oleh ahli PIBG S.R.Danau Cikgu Hj Hasnan.
 Tetamu kehormat, Pmk.PPR , PPKD Zon Tutong II beserta pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah.
Selesai walkaton, para peserta masuk ke Dewan Sekolah Rendah Tumpuan Telisai untuk menikmati jamuan dan seterusnya acara cabutan nama bertuah dijalankan.
Pengerusi JAPSER Tutong II Cikgu Hjh Nurul Inani menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Kehormat, Ketua Kampong Telisai Awg Hj Maidin.
Tetamu Kehormat juga berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan nama bertuah tajaan Guru-guru Besar, pegawai-pegawai JSS Tutong dan beberapa orang penaja persendirian yang berjumlah 33 buah hadiah.
Cikgu Yong merupakan salah seorang Guru Besar yang telah memenangi cabutan bertuah tersebut. Tahniah!