Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam dan Tahlil Doa Arwah  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Khamis 25 Julai 2013 lepas, JAPSER Tutong 2 telah mengadakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam Pengkalan Jalur, Kg.Lubok Pulau Tutong.
Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti Bahagian Keagamaan JAPSER Tutong 2 di bulan Ramadhan.





Setiap sekolah menghantar beberapa orang guru untuk sama-sama bermucang-mucang membersihkan tanah perkuburan tersebut.



Turut hadir Cg Umarali Hj Ismail dan Cg Md Ridhuan Abdullah, PDP Tutong 2.
Cg Samihon Hj Kechi juga secara sukarela turut menyumbangkan tenaga dan khidmat beliau pada hari tersebut.










Acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan tahlil doa arwah yang dipimpin oleh Cg Tarmizi bin Hj Serbini, Guru Sekolah Rendah Layong, Tutong.
















Sesi Dialog bersama Pehin Menteri Pendidikan  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 2.7.2013 lalu telah berlangsung sesi dialog pemimpin-pemimpin sekolah bersama Pehin Menteri Pendidikan bertempat di Sek.Rendah Jalan 49 Lambak Kanan.

Antara Guru-guru Besar sekolah-sekolah Rendah Tutong 2 yang hadir dalam sesi dialog berkenaan.
 







Sesi Kongsisama Transformasi Pendidikan Teknikal  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 22 Jun 2013 telah berlangsung sesi kongsisama transformasi Pendidikan Teknikal kepada Pemimpin-pemimpin sekolah yang terpilih senegara.
Majlis tersebut telah diadakan di Centrepoint Gadong. Cg Hj Junaidi, GB SR Bukit hadir diperjumpaan tersebut.


Contact time Professional PPKDT bersama GB Tutong 2  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada 11.6.2013 lalu bertempat dibilik mesyuarat JSS Tutong telah diadakan perjumpaan professional PPKDT, PDP Tutong 2 dan PKD Tutong 2 bersama Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah Tutong 2.
Acara tersebut adalah perjumpaan professional bagi penggal kedua persekolahan yang mengetengahkan isu-isu semasa dan hal-ehwal pertadbiran sekolah.
Guru-guru Besar berpeluang untuk mengongsikan pandangan dan masaalah persekolahan setiap sekolah.

PDP Cg Umarali juga turut mengongsikan hal-ehwal akademik.