Sesi Dialog Bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Hj Abdul Malik  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Perjumpaan bagi persiapan sesi dialog bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Hj Abdul Malik telah berlangsung di Dewan Muzakarah SR Rimba II pada hari Sabtu 28.1.2012
 Guru-guru Besar zon Tutong II yang mewakili sesi dialog berkenaan adalah Cg Mohmad Ali, Cg Abdul Hamid, Cg Hjh Nurul Inani, Cg Shetela dan Cg Hjh Kostinah.
Persiapan bertujuan untuk menghalusi lagi isu-isu yang akan disampaikan bersama pegawai-pegawai BPR.
Sesi Dialog berkenaan berlangsung pada 01.2.2012 bertempat di Dewan P1 , Kementerian Pendidikan.
 Sesi dialog tersebut bukan hanya untuk Bahagian Pendidikan Rendah, Sekolah-sekolah Menengah malahan Sekolah-Sekolah Swasta juga turut terlibat.
Pengerusi JAPSER induk Cg Hj Metali menyampaikan tentang JAPSER iaitu Jawatankuasa Pemimpin-pemimpin Sekolah Rendah.

This entry was posted on Jumaat, Mac 02, 2012 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan