AKSI JAPSER TUTONG II TAHUN 2012  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Sabtu 31.03.2012 berlangsung acara Aktiviti Kesihatan (AKSI) bagi Zon Tutong 2. Acara tersebut telah dikendalikan oleh JAPSER Tutong 2. Tetamu Kehormat adalah Cg Hj Rosli bin Hj Akop ,PPKD Zon Tutong 2 yang ditemani oleh Cg Reduan bin Abdullah PD Zon Tutong 2.
Acara tersebut bermula kira-kira jam 3.00 petang bertempat di taman rekreasi Sungai Basong, Tutong. Acara dimulakan dengan aktiviti renggangan selama lebih kurang 8 minit.
Guru-guru Besar, Penolong Guru Besar, Guru-guru Kanan dan guru-guru zon Tutong 2 menyertai acara berkenaan iaitu mendaki Bukit Ambok.

Seramai 4 orang guru yang terdiri daripada guru Pendidikan Jasmani zon Tutong 2 menjadi instruktur aktiviti renggangan yang diketuai oleh Cg Md Zhafari bin Hj Aripin dari Sek.Rendah PKN Bt. Beruang.
Acara mendaki bukit dimulakan. Gambar menunjukkan suasana dibawah Bukit Ambok.
Jalan menuju puncak Bukit Ambok.

This entry was posted on Isnin, April 02, 2012 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan