Lawatan ke Pusat Perhutanan Sungai Liang  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Pada hari Sabtu 2hb Jun 2012, JAPSER Tutong II telah mengadakan lawatan professional ke Pusat Perhutanan Sungai Liang.
Rombongan tersebut yang terdiri daripada 18 orang  telah menaiki sebuah bas.
Ketibaan rombongan ke tempat berkenaan kira-kira jam 8.40 pagi telah disambut oleh Dayang Haktu Mabang, Pegawai Perhutanan Sg Liang.
Ahli-ahli rombongan mendengar taklimat tentang taman Rekreasi hutan Sg Liang dan Jabatan Perhutanan yang disampaikan oleh Dayang Haktu Mabang.
Diakhir taklimat Cg Yong selaku ketua professional JAPSER Tutong II menyampaikan cenderahati kepada Dayang Haktu.
Bergambar ramai dibawah pejabat Perhutanan Sg Liang.
Kami menyaksikan barang-barang pameran di Muzium Perhutanan.

Lawatan ke Herbatarium tempat menyimpan rekod jenis-jenis tumbuhan yang ada di Brunei.
kemudian kami dibawa menyelusuri Taman Rekreasi untuk menyaksikan jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di hutan simpan berkenaan.











This entry was posted on Isnin, Julai 02, 2012 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan