Bengkel ICT Powerpoint: Digital Presentation  

Posted by: JAPSER TUTONG II

Bengkel ICT Powerpoint : Digital presentation bagi Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar/Guru Kanan sekolah-sekolah Rendah zon Tutong 2 telah berakhir pada hari ini. Semua peserta menyampaikan powerpoint presentation hasil daripada 4 sesi bengkel yang telah dijalankan sepanjang bulan April 2013.
Semua peserta bengkel menyampaikan perisian sekolah masing-masing seperti profil, sejarah, misi, visi , organisasi dan program sekolah. Masing-masing menyampaikan diantara 3-5 minit sahaja. Cikgu Chekepong sedang menyampaikan program-program akademik sekolah Rendah Benutan.
Para fasilitator bengkel, Cg Nazrul, Cg Ismail dan Cg Amran sedang mengamati penyampaian daripada para peserta.
Cg Hjh Nurul dengan slides beliau.
Setelah selesai penyampaian, ketiga-tiga fasilitator bengkel mengulas slides yang disampaikan untuk pembaikan dan untuk penarikan penyampaian.
Cg Nasrul dengan komen-komen beliau.

Cg Ali mengucapkan penghargaan kepada ketiga-tiga fasilitator bengkel sempena berakhirnya bengkel ICT GB, PGB & GK .
Penyampaian Cenderahati kepada fasilitator daripada Pengerusi JAPSER Tutong II Cikgu Mohammad.
Cenderahati untuk Cg Ismail.

Penyampai Terbaik juga dipilih oleh fasilitator. Cikgu Mazura dari SR PKN Bukit Beruang telah terpilih sebagai penyampai slides terbaik. Beliau menerima hadiah daripada ketua fasilitator.
Bergambar ramai selesai acara.
Kushyuk mendengarkan pembentangan daripada para penyampai. 
.
Guru Kanan SR Panchong menyampaikan slides beliau.
Penyampai daripada SR Rambai.























This entry was posted on Isnin, April 29, 2013 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan